Hi! Saya dari masa depan. Nak beritahu kerajaan asyik ulang-ulang langkah…

By Saturday June 19th, 2021 No Comments

Hi! Saya dari masa depan.

Nak beritahu kerajaan asyik ulang-ulang langkah yang jelas terbukti gagal yang menyusahkan Rakyat.

—-
KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk Seri Najib Razak merayu dua minggu P̵K̵P̵ ̵2̵.̵0̵, P̵K̵P̵ ̵3̵.̵0̵, P̵K̵P̵ ̵3̵.̵1̵, T̵o̵t̵a̵l̵ ̵L̵o̵c̵k̵d̵o̵w̵n̵ ̵F̵a̵s̵a̵ ̵1̵, lanjutan Total Lockdown Fasa 1 dijalankan lebih serius.

Bekas perdana menteri berkata tempoh dua minggu ini penting dalam memulihkan sistem penyampaian kesihatan yang sedang tertekan.

“Jika hendak PKP 14 hari maka buatlah betul-betul seperti PKP pertama Mac tahun lepas. Seketat-ketatnya yang mampu untuk 14 hari sahaja.

“Jangan PKP 2.0 ini tidak rasa macam PKP pula. Seolah-olah kerajaan tidak serius.

“Dengan bantuan kerajaan kepada rakyat yang memadai, biarlah kita perit seketika untuk dua minggu pertama agar sistem kesihatan dan barisan hadapan kita terpelihara dan PKP tidak perlu dilanjut berulang kali.

“Pengorbanan seketika adalah jauh lebih baik berbanding mudarat berpanjangan bagi kesejahteraan rakyat dan ekonomi,” katanya.

Covid-19 mencatatkan jangkitan baharu paling tinggi semalam apabila 4,029 kes dilaporkan semalam.

PKP 2.0 berkuatkuasa dua minggu bermula Rabu sehingga 26 Januari ini.

Namun apa yang menghairankan kebanyakan industri dibenar beroperasi menyebabkan ramai yang terpaksa keluar bekerja.

“17 Jan 2021: Najib rayu ketatkan PKP, jangan diheret berpanjangan”
https://www.projekmm.com/news/berita/2021/01/17/najib-rayu-ketatkan-pkp-jangan-diheret-berpanjangan/1941263



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157960997730952/

Leave a Reply