Audio

Hari Raya Aidiladha 1435H Dan Indeks Maqasid Syariah Negara

By Friday October 3rd, 2014 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/170290935″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai Hari Raya Aidiladha 1435H yang akan menjelang dan menerangkan bahawa Malaysia melaksanakan syariat Islam serta pengenalan Indeks Maqasid Syariah Negara.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dalam masa beberapa hari lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar jemaah haji kita di kota suci Mekah dikurniakan haji yang mabrur.
Kebelakangan ini kita banyak mendengar istilah negara Islam yang digunakan sesetengah pihak di dalam mahupun di luar negara. Lebih mengelirukan lagi ada yang menganggap Malaysia tidak Islamic kerana tidak menggunakan label negara Islam walaupun pada hakikatnya kita melaksanakan syariat Islam dan memperjuangkan usaha untuk meninggikan syiar Islam.
Bagi memberi gambaran yang lebih jelas tentang sejauh mana kita melaksanakan syariat Islam dalam pentadbiran negara, kerajaan akan memperkenalkan Indeks Maqasid Syariah antarabangsa bermula Januari tahun hadapan.
Dengan indeks ini, kerajaan dapat mengukur pencapaian Malaysia dalam melaksanakan tuntutan syarak melalui Maqasid Syariah berdasarkan kriteria-kriteria yang sistematik dan komprehensif.
Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Leave a Reply