Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Hari Malaysia ke-51 Dan Kedaulatan Negara - Najib Razak
Audio

Hari Malaysia ke-51 Dan Kedaulatan Negara

By Friday September 19th, 2014 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/168254358″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai kejayaan dan kemajuan Malaysia sejak kelahirannya serta menegaskan pihak yang mencabar kedaulatan negara akan dikenakan tindakan undang-undang.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi.

Pada 16 September yang lalu, kita semua telah menyambut Hari Malaysia. 50 tahun sudah pun berlalu sejak Malaysia ditubuhkan.
Kita dapat lihat hari ini bagaimana semua 13 buah negeri dan 3 buah wilayah persekutuan yang membentuk Malaysia telah mencapai begitu banyak kejayaan dan kemajuan.
Akan tetapi, baru-baru ini terdapat segelintir pihak yang cuba untuk memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa tindakan terhadap mereka yang melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan undang-undang dan kedaulatan negara akan diambil oleh pihak berkuasa.
Ini bukanlah masa untuk kita bercanggah antara satu sama lain. Inilah masa untuk kita bekerjasama dan untuk menentukan kesepaduan bagi merealisasikan wawasan negara yakni sebuah negara yang maju dan berjaya.
Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Leave a Reply