Hari Kebahagiaan Sedunia dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu…

By Friday November 20th, 2020 No Comments

Hari Kebahagiaan Sedunia dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2013 dan disambut setiap 20 Mac bagi mewujudkan kesejahteraan dan keamanan dalam kalangan masyarakat.

Untuk tahun ini, Malaysia jatuh 2 tempat ke ranking 82 dalam Indeks Kebahagiaan Dunia (World Happiness Index) 2020 dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tempoh sebelum krisis Covid bermula.

Malaysia berada di tempat 61 pada tahun 2015.

Naik ke tempat 47 pada tahun 2016.

Naik lagi ke tempat 42 untuk tahun 2017.

Kemudian mendaki sekali lagi untuk menjadi negara ke-35 paling gembira dalam dunia pada tahun 2018 – iaitu kedudukan paling mantap sejak indeks diwujudkan.

Lalu jatuh teruk ke tempat 80 untuk tahun 2019.

Dan jatuh lagi ke tempat 82 untuk tahun 2020.

Sebelum itu, Malaysia semakin naik ranking.

Sejak PH ambil alih pada PRU14 pula, Rakyat Malaysia semakin tak happy.

Pada bulan Mac 2019 lalu, Menteri Khalid Samad pernah berucap dalam acara untuk menyambut Hari Kebahagiaan Sedunia tahun 2019.

Dengan bangganya, Lid umumkan Malaysia terletak di tempat 35 antara 158 negara di dunia mengikut Indeks Kebahagiaan Dunia ini.

Dia puji kecapaian ketinggalan zaman BN ini dan kata ini akan mengalakkan lebih banyak pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

Media-media di bawah kawalan PH pun berlumba-lumba ikut sekali Menteri untuk memberi kepujian kepada kerajaan PH ke atas kejayaan ini.

Tetapi agak malang untuk Lid sebab pagi dia puji Malaysia naik ke tempat 35, petang pula laporan terbaru untuk tahun 2019 diterbitkan.

Kedudukan Malaysia telah jatuh 45 tempat kepada tempat 80 dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019.

Masa itu saya ketawakan Lid dan kata kepada dia bahawa “Rakyat tak happy lagi bawah kerajaan PH tak apa, asalkan Menteri PH happy”

‘Rakyat tak ‘happy’ tak apa, asalkan…’
https://www.sinarharian.com.my/article/19394/BERITA/Nasional/Rakyat-tak-happy-tak-apa-asalkan

Lalu Lid membalas bahawa kejatuhan teruk selepas PH ambil alih adalah salah Najib dan 1MDB!

Walaupun laporan PBB jelas menyatakan kejatuhan itu berlaku selepas PH ambil alih kerajaan.

“Khalid ‘thanks’ Najib for Malaysia’s big drop in happiness index”
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/21/khalid-thanks-najib-for-malaysias-big-drop-in-happiness-index

Dia kata indeks ini akan naik semula selepas Rakyat sedar dengan “kebaikan” pemerintahan PH.

Lagi malang bagi dia, kedudukan Malaysia jatuh lagi dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2020 ke tempat 82 – iaitu kedudukan paling teruk dalam sejarah bagi dua tahun berturut-turut sejak indeks ini diwujudkan.

Jelas membuktikan Rakyat semakin tak happy sejak PH ambil alih dari BN.

Nak tahu apa alasan Lid sekarang pula?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157502157100952/

Leave a Reply