Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Hari itu, Tommy Thomas kata dia yang putuskan untuk mendakwa Riza Aziz... - Najib Razak

Hari itu, Tommy Thomas kata dia yang putuskan untuk mendakwa Riza Aziz…

By Wednesday May 20th, 2020 No Comments

Hari itu, Tommy Thomas kata dia yang putuskan untuk mendakwa Riza Aziz kerana dia berpendapat kes itu cukup kuat untuk mendapat kemenangan dalam mahkamah.

Kalau kes tak cukup kuat, dia tak dakwa seperti kes Anwar awal tahun ini.

Tapi hari ini, dilaporkan pula bahawa dia sendiri yang tulis nota kepada Gopal Sri Ram untuk bersedia menimbangkan penyelesaian kes Riza.

Sebab itu, saya ada dua soalan kepada Tommy:

Soalan 1: Jika kes terhadap Riza cukup kuat, kenapa dia bersedia menerima penyelesaian kes Riza?

Soalan 2: Pejabat Peguam Negara di bawah dia yang putuskan untuk mendakwa 12 orang termasuk dua wakil rakyat DAP dalam kes LTTE.

Saya nak tahu kes terhadap 12 orang itu cukup kuat atau tidak.

Jika kes itu tak cukup kuat, kenapa dia mahu mendakwa?

Sebaliknya, jika kes itu cukup kuat, kenapa pulak dia gugurkan kesemua kes LTTE itu?

Minta penjelasan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157053195375952/

Leave a Reply