Hari itu, saya telah membuktikan kebanyakan hutang RM8 bilion yang…

By Thursday February 28th, 2019 No Comments

Hari itu, saya telah membuktikan kebanyakan hutang RM8 bilion yang ditanggung oleh FELDA ini sebenarnya dipinjam kepada peneroka.

FELDA pinjam dengan kadar murah untuk meminjam dengan kadar murah kepada peneroka untuk keperluan penanaman semula, pembinaan atau pembesaran rumah dan pendidikan anak-anak mereka.

Ianya bukan disonglap, diseleweng, dibazir atau diberi kepada kroni seperti fitnah PH.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155915860370952/

Azmin Ali dan PH sering memberi alasan bahawa aset-aset FELDA perlu dijual untuk membayar hutang FELDA RM8 bilion.

Ini adalah satu penipuan.

Sebelum ini, saya pernah menulis bahawa FELDA memang mengalami masalah aliran tunai yang teruk selepas PRU14.

Tetapi ini bukan disebabkan oleh hutang.

Hutang FELDA jangkanya panjang dan kadar faedah tahunannya yang agak rendah.

Menurut Laporan Audit Negara yang dikeluarkan pada akhir tahun lepas, pendapatan yang dijana oleh FELDA meningkat 52.6% ke RM1.7 bilion pada tahun 2017 berbanding RM1.113 bilion untuk 2016 – cukup untuk membayar kos hutang tahunan.

Tetapi selepas PRU14, FELDA tiba-tiba mengalami tekanan yang tinggi.

Antara dua sebab utama yang saya percaya telah berlaku ialah:

1. Harga jualan minyak sawit mentah telah jatuh teruk selepas PRU14 di persekitaran RM1,700 sehingga RM2,000 satu tan – iaitu tidak jauh berbanding kos pengeluaran FELDA di persekitaran RM1,800 satu tan.

Oleh kerana FELDA ada kos operasi dan kos tetap, harga jualan minyak sawit merupakan sebab utama pengaliran wang tunai FELDA terjejas.

2. Bayaran balik hutang peneroka-peneroka kepada FELDA juga telah berkurangan disebabkan oleh janji manifesto PH (yang tidak ditunai) untuk menghapuskan hutang FELDA (kalau janji nak mansuh, siapa nak bayar lagi?) dan harga buah tandan segar yang sangat rendah selepas PRU14 telah memberi kesan kepada kemampuan peneroka untuk membayar balik hutang.

Itulah dua sebab utama masalah aliran tunai FELDA pada masa ini dan bukan kerana kos hutang.

Sebenarnya, pengerusi FELDA baru yang dilantik oleh PH juga pernah mengesahkan ini dan sekaligus membuktikan Azmin menipu.

“Diharapkan harga yang kami dapat daripada penjualan aset ini boleh menampung liabiliti FELDA, dan juga untuk menolong masalah peneroka yang pada masa ini, sangat susah kerana harga sawit rendah.

“Disebabkan pendapatan FGV (FGV Holdings Bhd) berkurangan, pendapatan ladang sawit FELDA berkurangan, itu sebab kita kena jual aset tidak strategik,” kata pengerusi FELDA.

Pada pendapat saya, bukan salah jika aset dijual untuk menolong peneroka dan FELDA pada masa yang susah.

Tetapi ianya lebih baik jika aset hanya dijual apabila harga aset tinggi dan bukan terdesak dijual pada masa pasaran lembab seperti sekarang.

Pada masa FELDA memerlukan bantuan kewangan, kerajaan patut membantu dan tidak memaksa FELDA sehingga terdesak untuk menjual aset.

Kan hari itu, saya mencabar Azmin untuk menggunakan wang hasil jualan IHH Berhad kepada Jepun sebanyak RM8.4 bilion pada bulan November lepas untuk menolong FELDA?

Jika sudah dapat wang, tolonglah FELDA serta-merta.

Jangan cuba untuk fitnah dengan menyalahkan saya ataunpun BN lagi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155920999095952/

Leave a Reply