Hari itu, saya kata saya nak jelaskan isu tanah Tasik Chini diceroboh…

By Monday June 21st, 2021 No Comments

Hari itu, saya kata saya nak jelaskan isu tanah Tasik Chini diceroboh apabila gambar dari 2 1/2 tahun dulu tiba-tiba menjadi viral.

Sejak itu, banyak pihak yang keluarkan kenyataan berkenaan isu ini.

Kerajaan Pahang kata ‘Tiada lesen melombong diluluskan lepas Tasik Chini diwarta jadi hutan simpan’
https://www.malaysiakini.com/news/578664

Menteri Alam Sekitar dan Air (Kasa), Tuan Ibrahim Tuan Man kata ‘Tiada lesen perlombongan baru di Tasik Chini sejak 2019’
https://www.malaysiakini.com/news/578726

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang berkata kualiti air Tasik Chini diklasifikasikan sebagai bersih, berikutan dakwaan tasik itu tercemar.
https://www.malaysiakini.com/news/578418

Pemangku Raja Pahang titah tambah keluasan Hutan Simpan Chini
https://www.malaysiakini.com/news/578901

Tinjauan MalaysiaKini melalui imej satelite pula tak kata kawasan itu menjadi lagi teruk sejak tahun 2019.

Malah MalaysiaKini kata ada sedikit tanda-tanda pokok yang tumbuh semula di kawasan yang telah dinyah hutan di sekitar tasik, terutama di kawasan utara tasik namum mereka kata tidak dapat menentukan sama ada ia disebabkan pertumbuhan secara semula jadi atau kerana usaha pemuliharaan.
https://www.malaysiakini.com/news/578488

Syarikat yang pernah diberi lesen perlombongan pula jelaskan bahawa mereka diberi lesen untuk melombong di atas tanah yang pernah dilombong secara haram dengan syarat mereka hanya diberi tempoh dua tahun dan selepas tamat tempohnya, mereka perlu gunakan dana sendiri untuk memulihkan kawasan tersebut tersebut kawasan yang pernah dirosak oleh perlombongan haram sebelum itu.
https://www.malaysiakini.com/news/579837

Biarpun begitu banyak kenyataan telah dikeluarkan tapi JKOM masih mahu saya buat posting untuk jelaskan gambar yang dikeluarkan 2 1/2 tahun dahulu itu.

Memang benar bahawa pencerobohan tanah di Tasik Chini pernah berlaku tapi kerajaan Pahang telahpun mengambil langkah untuk memulihkan keadaan.

Pencerobohan tanah juga berlaku di negeri-negeri lain seperti:

1. Bukit Botak di Pulau Pinang.
“13 April 2020: In Penang, more land clearings herald another ‘Bukit Botak’
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/04/13/in-penang-more-land-clearings-herald-another-bukit-botak/

2. Di Kelantan
“Nov 2020: 23 kes pembalakan haram dikesan di Kelantan sejak Mac”
https://ismaweb.net/2020/11/27/23-kes-pembalakan-haram-dikesan-di-kelantan-sejak-mac/

“Disember 2020: 16 hutan simpan kekal di Kelantan diceroboh”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/762521/16-hutan-simpan-kekal-di-kelantan-diceroboh

3. Di negara Perak di bawah PPBM masa itu.

“8 Feb 2019: Penerokaan haram Bukit Kledang untuk ladang sawit – MB Inc”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penerokaan-haram-bukit-kledang-untuk-ladang-sawit-mb-inc-197939

Tapi yang peliknya ialah pencerobohan-pencerobohan tersebut yang lebih terkini itu tidak menjadi berita media hampir tiap-tiap hari dan JKOM tak berkali-kali desak penjelasan dari saya pula biarpun gambar Tasik Chini tersebut berlaku lebih 2 1/2 tahun dahulu dan satu kematian pun tak berlaku di sana.

Yang ribuan terkorban Covid sejak bulan lepas dan jumlah dijangkit Covid di Malaysia cecah 700,000 pula, JKOM tak minat pula.

Pelik.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157965903305952/

Leave a Reply