Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Hari ini penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo melabuhkan... - Najib Razak

Hari ini penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo melabuhkan…

By Sunday September 5th, 2021 No Comments

Hari ini penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo melabuhkan tirainya.

Sama-sama kita mengalu-alukan kembalinya atlet-atlet negara kita.

Syabas dan tahniah kepada atlet-atlet yang telah berjaya memenangi pingat di Tokyo.

Kepada atlet-atlet lain, saya dan rakyat Malaysia semua tahu saudara-saudari telah memberikan yang terbaik.

Teruskan latihan dan berusaha. Banyak kejohanan telah dijadualkan dan saya yakin saudara-saudari akan meraih kejayaan demi kejayaan.

Melihat kembali kepada perbandingan prestasi, bagi Olimpik,

Di Rio 2016
4 Perak
1 Gangsa

Di Tokyo 2020
1 Perak
1 Gangsa

manakala bagi Paralimpik pula

Di Rio 2016
3 Emas
1 Gangsa

Di Tokyo 2020
3 Emas (Badminton acara baru)
2 Perak

Sepanjang persediaan dari 2016 ke 2020, banyak yang telah berlaku juga dari segi pengurusan dan keadaan.

Tahun 2018, dasar dan halatuju bertukar tangan.

Tahun 2020-21 pula, Malaysia seperti negara-negara lain berdepan dengan Covid-19.

Semua agensi dan badan-badan sukan perlu segera melakukan analisis secara menyeluruh terhadap prestasi Malaysia.

Ambil 3 langkah segera:

1. Penilaian
2. Perancangan
3. Pelaksanaan

Di mana salah silapnya, perbetulkan dan ketatkan lagi gerak kerja.

Di mana ada peluang ditambah baik, segera lakukan.

Di mana ada potensi, pastikan bakat yang ada tidak disia-siakan.

Saya lihat banyak potensi di kalangan atlet-atlet kita seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik.

Kita juga dapat melihat prestasi baik oleh Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan atlet-atlet luar biasa kita yang lain.

Paris 2024, kita kibarkan Jalur Gemilang di pentas pingat lagi!

1Malaysia akan terus sokong semua atlet kita!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10158097803215952/

Leave a Reply