Hari ini, KKM umum kes pertama mustasi berkembar India dikesan dalam…

By Sunday May 2nd, 2021 No Comments

Hari ini, KKM umum kes pertama mustasi berkembar India dikesan dalam negara.

Penularan tempatan mutasi Afrika Selatan dan mutasi UK yang lebih berbahaya turut dikesan.

Sebelum ini, negara kita kenakan kuarantin mandatori bagi pelawat asing selama 14 hari.

KKM sendiri yang kata 25% kes positif Covid hanya dikesan pada hari ke-13 tempoh kuarantin.

“Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 75 peratus dikesan positif COVID-19 pada hari pertama dan 25 peratus dikesan positif pada hari ke-13.”
https://www.astroawani.com/video-malaysia/ini-sebab-kkm-tetapkan-kuarantin-14-hari-1872047

Ini bermakna pelawat asing yang dikuarantin kurang dari 14 hari akan membawa risiko membawa masuk varian baru.

Biarpun apa yang disebut KP KKM itu, entah sebab apa MKN tiba-tiba umum tempoh kuarantin pelawat asing akan dikurangkan ke 7 hari hingga 10 hari pada bulan Disember lalu.

“15 Dis 2020: Kuarantin maksimum 7 hari jika disaring 3 hari sebelum pulang ke Malaysia”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/15/kuarantin-maksimum-7-hari-jika-disaring-3-hari-sebelum-pulang-ke-malaysia/

Walaupun bonda saya baru kembali ke Rahmatullah masa itu, selama seminggu saya beri amaran bahawa langkah kerajaan ini amat bahaya dan mampu membawa malapetaka ke Malaysia bagi Malaysia setelah saya terbaca berita varian-varian baru mula merebak di luar negara.

Ini apa yang saya sebut masa itu:

“Saya amat terkejut dan sedih kenapa negara kita kurangkan tempoh kuarantin wajib pada ketika kebanyakan negara-negara lain naikkan tempoh kuarantin sebab bimbang kemasukan varian baru.”

Selama seminggu saya seru kerajaan naikkan semula tempoh kuarantin ke 14 hari.

Sehingga saya putus asa masa itu.

“Saya rasa ini kali terakhir saya buat posting tentang isu ini. Sudah membuat saranan selama enam hari berturut-turut sejak Ahad lalu.

“Saya pun tidak faham. Jika kerajaan tak mahu ban (menyekat) terus, sekurang-kurangnya naikkan semula tempoh kuarantin dari tujuh hari ke 14 hari.”

Serious saya tak faham masa itu apa kepentingan pelawat asing sehingga kerajaan pantang untuk tambah semula tempoh kuarantin antara 4 hingga 7 hari lagi berbanding risiko amat besar pada negara. Bukan keajaan yang tanggung kos kuarantin pelawat asing pun.

“25 Dis 2020: Kuarantin: Ini mungkin posting terakhir, kata Najib”
https://mykmu.net/2020/12/25/kuarantin-ini-mungkin-posting-terakhir-kata-najib/

Dua minggu lalu pun, saya sekali lagi memberi amaran selama beberapa hari berturut-turut tentang bahayanya mutasi Covid India dan saran sekali lagi untuk naikkan semula tempoh kuarantin.

Akhirnya EMPAT BULAN kemudian, kerajaan umum tempoh kuarantin akan dinaikkan dari 7 hingga 10 hari bagi 40 negara sebab bimbang mutasi Covid akan masuk ke negara.

“29 April 2021: Individu tiba dari 40 negara wajib kuarantin 14 hari”
https://www.malaysiakini.com/news/572733

Ini amat mengecewakan serta menyedihkan dan satu derhaka besar pada Rakyat sekiranya penularan tempatan mutasi-mutasi yang diumum KKM hari ini adalah akibat pelawat asing dibebaskan dari kuarantin terlalu awal setelah tempoh kuarantin dikurangkan kerajaan.

Sekiranya ini apa yang berlaku maka sesiapa yang buat keputusan dalam MKN untuk kurangkan tempoh kuarantin wajib perlu tanggung dosa ini sebab saya percaya Menteri dan KP KKM tiada kepentingan untuk cadangkan langkah ini.

Ini dah boring ini.

Bukan saya sahaja bosan tapi saya percaya Jkom pun mula bosan sebab Najib “meroyan” lagi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157862799210952/

Leave a Reply