“Hari ini kahwin, takkan esok beranak”, jawab Warisan. Parti Warisan tak…

By Monday August 3rd, 2020 No Comments

“Hari ini kahwin, takkan esok beranak”, jawab Warisan.

Parti Warisan tak nafi bahawa pertumbuhan ekonomi Sabah bawah mereka adalah amat lembab.

Mereka cuma kata bahawa tempoh masa 26 bulan Warisan memerintah Sabah adalah terlalu singkat untuk merumuskan bahawa kerajaan Warisan sudah gagal menjaga ekonomi.

Tapi yang peliknya ialah 8 tahun sebelum PRU14, pertumbuhan ekonomi Sabah adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara.

Misalnya pada tahun 2017, kadar Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia.

Pada tahun 2016, Sabah mencatatkan pertumbuhan 4.7% berbanding kadar 4.2% untuk Malaysia.

Secara am, ekonomi Sabah telah berkembang pada kadar lebih pesat berbanding purata untuk negeri-negeri lain sebelum parti Warisan mengambil alih.

Namun pada tahun 2018, kadar pertumbuhan Sabah jatuh ke 1.5% iaitu paling rendah antara SEMUA negeri-negeri dalam Malaysia, paling rendah sejak 10 tahun yang lalu dan lebih rendah berbanding kadar pertumbuhan 4.7% Malaysia.

Ini bermakna Sabah semakin ketinggalan dengan negeri-negeri lain bermula tahun 2018.

Jika kita perhatikan, kerajaan PH terdahulu dan kerajaan Warisan Sabah tidak pernah melancarkan dan melaksanakan pelan strategik yang wajar bagi pertumbuhan Sabah.

Ekonomi Sabah dah jatuh ke tahap kritikal setelah dua tahun bawah Warisan.

Pada masa kritikal Covid ini, Sabah amat memerlukan bantuan dan dokongan kerajaan pusat.

Hari ini kahwin, takkan esok beranak?

Jika tak ada pelan strategik yang betul serta dokongan kerajaan pusat, mampu hamil ke tidak pun menjadi tanda tanya besar.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157257689725952/

Leave a Reply