Hari ini hari pertama bagi lanjutan 14 hari lagi “Total” Lockdown fasa 1…

By Tuesday June 15th, 2021 No Comments

Hari ini hari pertama bagi lanjutan 14 hari lagi “Total” Lockdown fasa 1 yang sudahpun selesai 14 hari.

Ini bermakna kebanyakan dari jumlah 5,419 kes baharu dilaporkan hari ini adalah akibat jangkitan yang berlaku dalam 14 hari pertama “Total” Lockdown yang tak berapa total dan tak berapa lockdown.

Jadi, persoalannya ialah:

Apakah pencapaian yang telah diraih setelah Kerajaan PN belanja RM600 bilion dan setelah diberi kuasa penuh Darurat selama 5 1/2 bulan serta perlaksanaan PKP 2.0 separuh masak berikut PKP 3.0/3.1 separuh masak berikut “Total” Lockdown 14 hari yang tak berapa total?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157953065895952/

Leave a Reply