Hari ini Hari Anggota Bomba. Kita menghargai jasa dan pengorbanan anggota…

By Monday May 4th, 2020 No Comments

Hari ini Hari Anggota Bomba.

Kita menghargai jasa dan pengorbanan anggota bomba.

Mereka juga frontliners kita yang bergadai nyawa dalam tugasan mereka.

Setiap kali ada kebakaran atau bahaya dan memerlukan bantuan bomba, merekalah yang pertaruhkan nyawa menjamin keselamatan kita, harta kita malah peliharaan kita.

Terima kasih bomba!

Namun pada hari ini saya tidak lupa.

Saya percaya rakan-rakan semua juga masih ingat apa yang berlaku kepada Allahyarham Muhammad Adib.

Saya berharap kerajaan ini akan mencari jawapan dan memberi keadilan kepada Allahyarham.

Al-Fatihah.

Bomba Tonggak Penyelamatan Negara.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157001877100952/

Leave a Reply