Hari ini, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mula…

By Friday June 25th, 2021 No Comments

Hari ini, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mula bimbang dengan pembelian Celcom oleh Digi untuk digabung menjadi Celcom-Digi.

FOMCA kata ini akan merugikan pengguna dan mereka bantah.

Bulan April lalu, saya pernah minta Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk siasat rancangan penggabungan ini sekiranya ia akan membawa kepada harga lebih tinggi bagi pengguna akibat tahap persaingan yang jauh lebih rendah setelah mereka digabung.

Tapi MyCC enggan siasat sebab mereka kata ini di luar bidang kuasa dan ianya terpulang kepada SKMM.

Celcom dan Digi secara bersama membentuk 67% daripada pelanggan telefon bimbit di negara ini. Pegangan sebegitu besar (oleh sebuah gabungan) boleh menjejaskan persaingan dan, akhirnya, menjejaskan pengguna,

Nilai yang digunakan untuk penggabungan itu juga berat sebelah sebab Digi dinilai 67% lebih tinggi berbanding Celcom.

Malah, keuntungan tahunan Axiata akan jatuh 10% manakala keuntungan Digi akan naik 5% selepas Celcom-Digi digabung.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157821459880952

Dulu, kerajaan milik 100% kepentingan dalam Celcom melalui Axiata.

Sekarang, Kerajaan hanya milik kepentingan 33.1% dalam syarikat yang digabung – sama besar dengan syarikat Norway Telenor.

Disamping itu, ribuan pekerjaan bakal terjejas selepas Celcom dan Digi bergabung.

“12 April 2021: Najib gesa suruhanjaya persaingan kaji gabungan Celcom-Digi”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/12/najib-gesa-suruhanjaya-persaingan-kaji-gabungan-celcom-digi/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157973258515952/

Leave a Reply