Hari ini 1 Mei. Cuti umum. Selamat Hari Pekerja 2021. Semoga…

By Saturday May 1st, 2021 No Comments

Hari ini 1 Mei. Cuti umum.

Selamat Hari Pekerja 2021.

Semoga saudara-saudari diberikan berkat pendapatan dan kestabilan pekerjaan.

Ramai terkesan akibat ekonomi kita yang lemah pada 2018 2019.

Ditambah pula kerajaan kini kurang berkesan, gagal, dalam menangani ancaman Covid-19 malah pemulihan kita dari segi ekonomi juga.

Kira-kira 800 ribu rakyat kita masih tidak ada pekerjaan.

Bagi mereka yang sedang berusaha mencari pekerjaan, saya doakan untuk saudara-saudari semoga berjaya.

Kuatkan semangat diri, keyakinan diri dan ketabahan.

Sama-sama harungi rintangan yang ada.

Yang ada pekerjaan, saya tahu ramai menghadapi beban bertambah di tempat kerja dan cabaran pendapatan.

Betul apa yang saya kata ini?

Saya doakan agar saudara-saudari semua dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki.

Bagi kami yang bekerja di Parlimen, masih seperti biasa.

Agak pelik status kami.

Setiap hari, masih bercuti.

Tempat kerja tinggal kenangan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157860500820952/

Leave a Reply