Hari baik, bulan baik ini, ada pula sesetengah pihak yang semakin lama…

By Thursday June 23rd, 2016 No Comments

Hari baik, bulan baik ini, ada pula sesetengah pihak yang semakin lama semakin keterlaluan dalam tutur kata mereka. Bantuan kerajaan selama ini untuk membantu rakyat dilabel seperti memberi dedak kepada haiwan.

Kerajaan Barisan Nasional bina sekolah, bina rumah, bina jalan, semua ini untuk rakyat, bukannya bagi makan dedak. Dedak itu makanan haiwan, tidak patut disamakan dengan bantuan yang diberikan kerana kita prihatin dengan keperluan rakyat. Janganlah ada yang kehilangan modal politik kini bermain pula dengan retorik dan kata-kata kesat dan merendahkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153585356600952/

Leave a Reply