Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Hargai pengorbanan ibu - Najib Razak
News_archive

Hargai pengorbanan ibu

By Saturday May 9th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR 9 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat memberi penghormatan yang tinggi terhadap pengorbanan ibu dalam pembentukan keluarga yang bahagia.

Perdana Menteri berkata, setiap rakyat harus mengagumi dan terasa kecil oleh ketinggian peradaban, sikap tenang, kemurahan dan kebaikan hati ibu mereka selama ini.

Dalam perutusan sempena Hari Ibu yang disiarkan menerusi laman web beliau 1Malaysia.com.my, Najib berkata, apabila mengenang kembali masa lalu, setiap rakyat di negara ini akan mendapati tiada sesuatu pun yang boleh dibandingkan dengan kesucian kasih sayang seorang ibu.

“Hari ini kita mengenang kembali siapa diri kita, kejayaan yang kita capai dan lahirnya kita di dunia, semuanya kerana ibu telah melahirkan kita,” katanya.

Najib menjunjung tinggi jasa ibunya Tun Rahah Mohd. Noah kerana atas kebijaksanaan serta gerak hati ibunya itu selama ini, beliau bersama adik-beradik lain turut menjadi tokoh masyarakat.

“Ibulah yang telah membolehkan setiap daripada kami memenuhi potensi diri, memenuhi janji cita-cita kami dan menyelusuri laluan yang telah ditentukan sebagai takdir kami,” katanya.

Beliau masih ingat lagi akan bimbingan dan kehadiran sokongan ibu tersayang semasa membesarkannya sebagai anak sulung kepada lima beradik.

“Mungkin pada waktu itu saya terlalu kecil untuk memahami sepenuhnya tanggungjawab yang dipikul ibu sebagai isteri seorang Perdana Menteri.

“Walaupun pada usia ini, saya masih tidak memahami sepenuhnya kasih sayang dan kesabaran ibu yang sentiasa menyokong anak-anaknya yang kini mereka sendiri adalah tokoh masyarakat dan sentiasa pula menjadi perhatian umum.

“Oleh itu saya ingin meluahkan kasih sayang dan penghargaan saya yang abadi kepada ibu kerana tanpanya tidak mungkin saya berada di sini,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply