News_archive

Hargai Kekuatan Keunikan Pelbagai Budaya Malaysia, Kata Najib

By Wednesday January 19th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Rakyat Malaysia hendaklah terus menghargai dan memupuk keunikan dan kekaguman kepelbagaian budaya negara, dalam semangat sebenar 1Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perayaan Thaipusam di Malaysia telah menjadi satu acara antarabangsa, seperti yang diperhatikannya semasa beliau melawat perayaan berkenaan di Batu Caves tahun lepas.

“Penganut Hindu dari luar negara serta pelancong datang ke sini untuk menghargai kekaguman kepelbagaian budaya kita dan keterbukaan di mana banyak kepercayaan yang berlainan dizahirkan dan diamalkan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti terus menghargai dan menanamkan keunikan kekuatan ini dalam semangat sebenar 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya ketika mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada rakyat Malaysia yang beragama Hindu dalam blognya www.1malaysia.com.my di sini Rabu.

Najib berkata beliau akan menemui ramai rakyat Malaysia beragama Hindu di kuil Subramania Swami Devastanam, Sungai Petani, Kedah, Khamis selepas menyaksikan fenomena kekaguman budaya itu di Batu Caves pada awal hari yang sama.

“Pada Khamis, penganut Hindu di seluruh dunia merayakan Thaipusam. Kebanyakan rakyat Malaysia beragama Hindu akan ke Batu Caves dan kuil Hindu lain untuk mengucapkan terima kasih dan memenuhi hajatnya kepada Lord Murugan.

“Beribu-ribu penganut Hindu kini sudah membanjiri Batu Caves sejak awal minggu ini, dengan lebih sejuta orang dijangka hadir tahun ini,” kata beliau.

Sumber : Bernama

Leave a Reply