Harap sahabat-sahabat sekelian tidak akan serbu opis KWSP…

By Tuesday December 1st, 2020 No Comments

Harap sahabat-sahabat sekelian tidak akan serbu opis KWSP beramai-ramai.

Usah serbu opis KWSP dan patuhi SOP yang ditetapkan dengan buat temujanji terlebih dahulu di capaian berikut:

www.kwsp.gov.my/janjitemu

Jika penuh, perlu perbanyakkan bersabar dan tunggu hari yang belum penuh.

Sentiasa patuhi SOP, banyakkan bersabar. Saya faham keperluan anda semua tetapi saya pasti rakan-rakan kita yang bertugas di kaunter KWSP kalau boleh hendak bantu semua pencarum tetapi kita dalam krisis pandemik sekarang ini.

Opis KWSP tak lari ke mana-mana.

Yang sudah dafter i-Akaun KWSP, manfaatkan sepenuhnya.

Buatlah segala permohonon secara online.

Supaya kita tidak akan ada kluster tercetus dari KWSP pulak nanti.

Percayalah bahawa jika KKM umum kluster i-Sinar atau kluster i-Lestari, Najib tentu akan dipersalahkan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157526193885952/

Leave a Reply