Hangat didebat sekarang oleh ahli-ahli politik dan pakar-pakar perlembagaan…

By Monday June 28th, 2021 No Comments

Hangat didebat sekarang oleh ahli-ahli politik dan pakar-pakar perlembagaan ialah keperluan dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen perlu bersidang semula dalam tempoh masa enam bulan sejak persidangan terakhir.

Jika keperluan ini tidak dipatuh, parlimen bakal terbubar secara automatik.

Persidangan terakhir ialah pada 29 Disember 2020 maka parlimen perlu bersidang pada 29 Jun 2021 (esok) sekiranya tidak ingin parlimen terbubar secara automatik.

Ada juga yang kata ini adalah antara mesej tersirat yang terkandung dalam titah YDP Agong da Raja-Raja pemerintah pada 16 Jun agar parlimen bersidang semua dengan segera untuk elak kerajaan PN terbubar secara automatik.

Pihak pro-kerajaan PN pula berkata Perkara 55 ini tidak terpakai dan keperluan bagi had tempoh 6 bulan untuk parlimen bersidang semula telah tergantung sebab parlimen tidak boleh bersidang dalam tempoh Darurat.

Bagaimanapun, YDP Agong telah bertitah pada 24 Februari bahawa parlimen boleh bersidang dalam tempoh Darurat.

Ini bermakna keperluan 6 bulan di bawah Perlembagaan ini masih terpakai dalam tempoh Darurat melainkan ada yang tuduh YDP Agong telah terkhilaf.

Namun perlu ingat bahawa Baginda bertitah demikian masa itu hanya selepas menerima menghadap Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Perlu ingat juga bahawa penasihat undang-undang utama kepada YDP Agong juga merupakan Peguam Negara.

Ini bermaksud pihak-pihak yang berpadangan bahawa YDP Agong telah terkhilaf apabila memberi titah pandangan bahawa parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat juga tuduh Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara dan Peguam Negara telah memberi nasihat salah kepada Baginda.

Jadi, adakah kerajaan PN dan parlimen akan terbubar secara automatik esok?

Sama-sama kita makan popcorn dan tunggu kesudahan kemelut terbaru negara ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157979192015952/

Leave a Reply