Hampir 10,000 orang hilang kerja setiap bulan. Saya berharap semua yang…

By Thursday October 29th, 2020 No Comments

Hampir 10,000 orang hilang kerja setiap bulan.

Saya berharap semua yang perlukan, mohonlah bantuan Skim Insurans Pekerjaan.

Tidak saya sangka dasar yang saya buat ini pada tahun 2017 dan mula berkuatkuasa 2018 akan digunakan sebegini.

Sudah tentu saya tidak mahu saudara-saudari hilang kerja tetapi saya tahu kadang-kadang ada perkara berlaku di luar dugaan kita.

Bagaimana orang susah mampu bertahan kalau tiba-tiba hilang kerja?

Itulah sebab saya sediakan skim ini. Boleh mendapat elaun sehingga RM10,800 tertakluk kepada syarat.

Saya juga amat bimbang dengan keadaan ekonomi pada masa ini.

Angka “hilang kerja” ini sudah tentu tidak termasuk mereka yang bekerja sendiri, kontrak, sementara, part time, freelance.

Besar bilangan itu dan saya tahu ramai yang tiada pendapatan atau menjunam.

Ramai yang beritahu saya mereka bimbang bila tiba giliran mereka.

Keyakinan terhadap ekonomi dan jangkaan pemulihan amat rendah.

Ini amat menyedihkan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157453119060952/

Leave a Reply