Guna satelit pembunuh atau Ultraman pun tak membantu, sekiranya pergerakan…

By Saturday June 26th, 2021 No Comments

Guna satelit pembunuh atau Ultraman pun tak membantu, sekiranya pergerakan manusia tidak di kurangkan ke tahap paling minumum.

Katakanlah 2 juta orang terpaksa keluar untuk bekerja tiap-tiap hari dan jikapun kadar pematuhan SOP adalah 99.9% maka baki 0.1% yang dijangkit sudah 2,000 orang.

Dan jika setiap 2,000 orang ini jangkit seorang pasangan dan satu anak di rumah, sudah 6,000 orang positif.

Ya, tidak dinafikan bahawa mematuhi SOP ini amat mustahak tapi patuh SOP sahaja bukan penyelesaian tunggal atau alasan untuk terus salahkan Rakyat.

Kerajaan PN perlu tahu bahawa 7 dari 32 orang Menteri (22%) penuh korang pernah dijangkit Covid.

Jadi, adakah kita perlu buat kesimpulan bahawa menteri-menteri PN sendiri pun suka langgar SOP?

KKM kata kebanyakan kes hari ini adalah sporadik iaitu bermakna Covid sudah ada di merata tempat dalam komuniti dan sukar untuk dikesan.

Dan kalau tak tahu dari mana datangnya Covid dan sukar untuk dikesan, apakah cara terbaik untuk putuskan rantaian Covid?

Iaitu dengan kurangkan pergerakan manusia setiap hari kepada kadar paling minima untuk tempoh yang singkat yang melebihi tempoh inkubasi Covid supaya virus Covid pupus dan rantaian jangkitan terputus.

Lockdown paling ketat dengan bantuan penuh supaya Rakyat tak terpaksa keluar sepatutnya dibuat awal-awal lagi semasa PKP 2.0 bulan Januari ataupun pada bulan Ramadan sebelum PKP 3.0 bermula seperti disaran berulang kali saya.

Ini dah hari ke-46 PKP 3.0 dan hari ke-25 Total Lockdown selepas menghadapi 52 hari PKP 2.0.

Tetapi kes baharu masih cecah 5,800 – iaitu melebihi 3,807 kes baharu bila PKP 3.0 seluruh negara diumum pada 10 Mei.

Makin hari makin kecewa Rakyat sebab pengorbanan mereka seolah disia-siakan apabila puluhan kluster baharu melibatkan tempat kerja tercetus setiap hari.

Dan semakin hari semakin susah nak buat Total Lockdown yang betul-betul “Total” sebab ramai sudah tak mampu bertahan lagi untuk berkurung tanpa pendapatan setelah berbulan-bulan PKP separuh masak tanpa hasil, baru korang nak lancarkan operasi besar-besaran untuk tangkap dan kompaun orang tak patuh SOP?

Jadi, kenapa pula hari itu kamu dengan tegasnya umum “Total” Lockdown dan penutupan penuh tapi selepas itu kamu luluskan lebih 120,000 syarikat untuk beroperasi?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157975585015952/

Leave a Reply