Guan Eng kata Najib kantoi menipu sebab tuduh dia pernah luluskan jaminan…

By Tuesday December 1st, 2020 No Comments

Guan Eng kata Najib kantoi menipu sebab tuduh dia pernah luluskan jaminan kerajaan pusat bagi pinjaman RM2 bilion dari bank asing ADB untuk projek LRT Pulau Pinang pada tahun 2019.

Tapi Guan Eng (dan seorang lagi ahli parlimen DAP Steven Sim) juga yang mengadu kenapa kerajaan PN batalkan jaminan kerajaan pusat RM2 bilion bagi projek LRT Pulau Pinang.

“Guan Eng questions govt’s decision to cancel RM2b guarantee for Penang, accuses Tengku Zafrul of double standards”
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/11/29/guan-eng-questions-govts-decision-to-cancel-rm2b-guarantee-for-penang-accus/1927194

Nak tanya DAP. Jika tak pernah lulus, bagaimana pula boleh batal?

Jangan kelentong di sini.

Bank ADB adalah bank asing.

Setiap pinjaman dari bank asing (terutamanya dalam matawang asing sebanyak US$500 juta) perlu persetujuan kementerian kewangan Malaysia.

Kementerian kewangan Malaysia jugalah yang perlu beri persetujuan untuk keluarkan jaminan kerajaan pusat bagi mana-mana pinjaman.

Dan Tengku Zafrul juga telah jelaskan bahawa Guan Eng pernah tulis surat “tiada halangan” bagi Pulau Pinang teruskan proses pinjaman dari Bank ADB.

“Pada 18 Julai 2019, katanya, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengeluarkan surat tiada halangan kepada ADB melaksanakan ketekunan wajar.”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/760095/parlimen-cuma-batal-pinjaman-bukan-projek

Pada tahun 2019, siapakah Mentri Kewangan yang perlu beri kelulusan untuk Pulau Pinang teruskan pinjaman dari ADB Bank dengan jaminan kerajaan pusat?

Seperti yang saya tulis taid, saya tak bantah kerajaan pusat jamin pinjaman RM2 bilion kepada Pulau Pinang untuk bina LRT tapi kenapa dia mahu sorok perkara ini masa itu dan kenapa neger-negeri lain dalam Malaysia tidak juga diberi jaminan RM2 bilion yang sama untuk projek masing-masing semasa dia Menteri Kewayangan?

Kenapa hanya Pulau Pinang sahaja?

Satu perkara yang Guan Eng “lupa” sebut ialah projek LRT ini adalah sebahagian dari projek PTMP RM46 bilion dia di mana kawan yang amat dekat dengan dia dan DAP ada kepentingan 20%.

Entah kenapa pula syarikat developer kondo mewah yang sederhana kecil saiznya diberi kepentingan 20% dalam projek RM46 bilion untuk bina highway RM9 bilion dan bina LRT.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157292249075952

Sila tanya Guan Eng dalam posting DAP itu:
https://www.facebook.com/DAPMalaysia/posts/10158663656114192



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157525977185952/

Leave a Reply