Guan Eng enggan menjadi saksi dalam kes cukai LHDN RM1.7b saya. Sehingga…

By Tuesday March 9th, 2021 No Comments

Guan Eng enggan menjadi saksi dalam kes cukai LHDN RM1.7b saya.

Sehingga sekarang dia kata dia masih tak pasti jika terdapat derma yang diterima dari Arab Saudi ataupun dana yang disebut sebagai RM2.6b itu telah dipulangkan 4 bulan kemudian walaupun perbicaraan mahkamah telah berkali-kali membuktikan kedua perkara ini.

Menteri Kewangan kononnya tak pasti tapi LHDN di bawah dia pula boleh ambil kira wang yang dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian sebagai pendapatan yang patut dicukai dan didenda 26% +40% +10% +5% sehingga menjadi RM1.7 bilion.

Boleh percaya ke tidak bahawa Menteri Kewangan langsung tak mahu atau tak pernah ambil tahu tentang isu denda cukai peribadi paling besar dalam sejarah Malaysia di bawah agensi kawalan dia masa itu?

Boleh percaya ke tidak bahawa selepas 22 bulan sebagai Menteri Kewangan, dia masih tak pasti tentang wujudnya pindahan wang dari Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun atas nama saya dan jika wang disebut RM2.6b telah dipulangkan?

Guan Eng dan seluruh DAP masih tak sanggup sampai sekarang untuk mengesahkan wujudnya derma dari Arab Saudi termasuk pemindahan terus dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun atas nama saya dan masih tak sanggup mengesahkan bahawa dana disebut RM2.6b telah dipulangkan, tak apa.

Sekurang-kurangnya, beritahulah jika dana yang dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian patut dikira sebagai pendapatan dan patut dicukai atau tidak?

Posting Guan Eng:
https://www.facebook.com/limguaneng.malaysia/posts/4347964925233575



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157750657860952/

Leave a Reply