Guan Eng baru keluarkan kenyataan bahawa caj kesesakan untuk 4 lebuhraya…

By Tuesday February 26th, 2019 No Comments

Guan Eng baru keluarkan kenyataan bahawa caj kesesakan untuk 4 lebuhraya yang disasarkan mampu membolehkan rakyat jimat sebanyak RM180 juta setahun.

Dia juga kata paling awal pengambilan 4 lebuhraya inia boleh selesai diambil alih oleh kerajaan PH ialah 6 bulan lagi.

Banyak lagi soalan yang belum dijawab.

Adakah Plaza Tol juga akan dijenamakan mejadi Plaza Caj Kesesakan?

Dan adakah Plaza-plaza Caj kesesakan baru akan dibina di lebuhraya-lebuhraya lain yang mengalami kesesakan teruk seperti Lebuhraya Persekutuan yang sebelum ini tidak lagi ada tol supaya rakyat boleh jimat lebih banyak wang setiap tahun dengan membayar lebih banyak lagi caj kesesakan di lebih banyak tempat?

Bukan main bersungguh-sungguh lagi PH pada masa ini menafikan rancangan untuk mengenakan caj kesesakan pada kadar yang sama bagi menggantikan caj tol di 4 lebuhraya yang mereka umum itu semata-mata adalah tukar nama sahaja.

Mereka malu untuk mengaku bahawa mereka tak dapat tepati janji manifesto untuk menghapuskan semua tol sama sekali.

Oleh itu, mereka kata caj kesesakan amat diperlukan dan adalah baik untuk rakyat walaupun belum lagi sempat untuk isytihar caj ini bertepatan dengan Maqasid Syariah. Mungkin pemimpin Amanah belum baca Wechat mereka untuk keluarkan kenyataan.

PH kata sesiapa yang mempertikaikan caj kesesakan ini adalah bodoh dan tidak mementingkan rakyat dan negara.

Baiklah.

Bersungguh betul mereka gunakan alasan ini untuk tutup kegagalan tunai janji hapuskan tol yang dilaung-laungkan sebelum PRU14 dan disambut dengan sorakan sehingga terkeluar anak tekak penyokong mereka.

Maka, saya tak nak tuduh lagi bahawa caj kesesakan ini hanyalah langkah penjenamaan semula caj tol.

Saya cuma nak tanya jika kerajaan PH akan membina pagar tol, maaf.. pagar caj kesesakan tidak lama lagi di Lebuhraya Persekutuan memandangkan ianya lebuhraya yang sesak paling teruk di Malaysia.

Tak logik jika caj kesesakan ini baik untuk rakyat dan amat diperlukan tetapi tidak dilaksanakan di lebuhraya paling sesak dalam negara.

Betul atau tidak?

Tak mustahil juga jika pagar-pagar tol baru, maaf.. pagar caj kesesakan, akan dibina di kebanyakan jalanraya lain yang kini tidak ada tol.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155918106780952/

Leave a Reply