News_archive

GST Sumber Pendapatan Bagi Kerajaan

By Monday June 27th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) — Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah sumber pendapatan bagi kerajaan dalam mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan cukainya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semasa sesi Soal dan Jawab dengan peserta daripada Golongan Muda Korporat Malaysia, di sini, hari ini, Najib ditanya sama terdapat kemungkinan untuk mengurangkan cukai bagi kereta diimport.

“Kita tidak ada banyak pilihan berkaitan dengan ini. Kita tidak boleh menaikkan pendapatan atau cukai korporat atau malahan menaikkan harga RON 95 dan kerajaan perlu mencari pendapatan,” kata Perdana Menteri.

Oleh itu GST adalah jawapannya, kata beliau.

Beliau juga berkata, kadar inflasi negara masih terkawal dengan subsidi RON 95 serta barangan disubsidi lain.

“Inflasi telah menjadi fenomena global. Bagaimanapun, jika anda lihat negara-negara lain yang harga petrol dan barangan keperluan lainnya tinggi, kita masih kompetitif,” kata beliau.

Najib berkata penting agar upah kompetitif dan sejajar dengan tahap produktiviti dan inovasi.

Beliau berkata kepakaran tenaga kerja Malaysia tidak harus dinilaikan rendah.

“Sesetengah daripada profesional ini perlu bekerja bagi masa yang panjang tetapi tidak mendapat banyak seperti yang seharusnya mereka dapat,” kata beliau.

Untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan mencapai sasarannya, beliau berkata Malaysia perlu mencapai pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun, tambah beliau.

Sumber : Bernama

Leave a Reply