Graf diberi KP KKM hari ini menunjukkan trend kes baru baharu sebenar Covid…

By Wednesday May 26th, 2021 No Comments

Graf diberi KP KKM hari ini menunjukkan trend kes baru baharu sebenar Covid jelas mencecah model KKM yang meramalkan kes baharu akan naik ke 9k dalam masa seminggu dua.

Ini bermakna kes baharu berpotensi mencecah 10k hingga 12k tak lama lagi.

Jadi, adakah kerajaan patut:

a) Tak buat apa-apa, mengaku bodoh dan teruskan langkah yang berkali-kali terbukti gagal?

atau;

b) Guna pendekatan baharu yang lebih tegas dan berkesan?

Tanggung jawab kerajaan bukan sekadar memberi amaran kepada Rakyat sahaja untuk bersedia hadapi keadaan paling buruk seperti amaran mengejut KP KKM semalam.

Sebaliknya, tanggung jawab dan amanah diberi kepada kerajaan ialah untuk menghalang keadaan yang menjejaskan kesihatan, kesejahteraan dan nyawa Rakyat dari menjadi paling buruk.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157912448955952/

Leave a Reply