Audio

Golongan Tua dan Muda

By Friday April 24th, 2015 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/202275359″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai keperluan bagi golongan tua memberi ruang kepada golongan muda untuk berdikari.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Baru-baru ini anak perempuan kesayangan saya telah pun selamat diijabkabulkan. Sebagai ibu bapa, adalah amat sukar untuk saya melepaskan anak saya walaupun sudah dewasa.

Meskipun dengan hati yang berat, tetapi bila sampai pada masanya, saya tetap terpaksa melepaskan anak saya untuk berdikari dan untuk mengharungi dunia ini.

Wawasan 2020 adalah sebuah visi yang telah ditetapkan pemimpin terdahulu untuk kesejahteraan generasi masa hadapan.

Bagi mencapai cita-cita ini, generasi baru perlu diberikan ruang secukupnya untuk meneruskan usaha ini. Susah-senang, turun-naik, pahit-manis perlu dialami sendiri oleh generasi pelapis ini kerana jiwa mereka semakin matang dan kental dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Orang muda perlu sentiasa menghormati segala nasihat dan pandangan mereka yang lebih tua kerana luasnya pengalaman mereka, tetapi yang tua juga perlu mempertimbangkan keadaan dan cabaran yang telah berubah di arus peredaran zaman.

Kadangkala yang tua tidak senang dengan cara orang muda sekarang yang berbeza dari zaman mereka, betul atau salah keputusan dibuat orang muda itu terpulang kepada setiap individu untuk menilai.

Adalah lumrah bagi yang tua bersifat melindungi terhadap yang muda. Namun, apabila tiba masanya untuk melepaskan yang muda untuk berdikari, maka, lepaskanlah.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Leave a Reply