Audio

Gerakan Kesederhanaan Kerajaan Berdasarkan Islam

By Friday November 14th, 2014 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/176850054″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak menegaskan bahawa gerakan kesederhanaan yang dibawa oleh kerajaan tidak berasaskan ajaran liberalisme sebaliknya adalah berdasarkan ajaran Islam dan sabda Nabi Muhammad SAW.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Kebelakangan ini terdapat segelintir individu yang mempertikaikan gerakan kesederhanaan yang dibawa oleh kerajaan. Ada yang mengaitkan gerakan ini dengan ajaran liberalisme.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa pendapat ini adalah tidak benar sama sekali. Gerakan kesederhanaan adalah berdasarkan ajaran Islam seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW, “Berbuatlah kebaikan sebaiknya dengan ikhlas dan sederhana, ambillah jalan yang lurus dan sederhana di mana engkau akan sampai ke destinasi yang dituju yakni syurga,”
Gerakan kesederhanaan ini adalah berkenaan kesederhanaan dalam hidup seperti mana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Kita sebagai umat Islam tidak mahu terjebak dengan golongan extremism dan liberalisme yang semakin menular.
Sebaliknya kita mahu mengikut ajaran kesederhanaan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Leave a Reply