Geng PH tak salah bahawa Speaker Parliament sekarang bagus dan tak perlu…

By Monday July 13th, 2020 No Comments

Geng PH tak salah bahawa Speaker Parliament sekarang bagus dan tak perlu ditukar.

Speaker terbukti bagus (pada Guan Eng).

Tadi, Guan Eng buat posting bahawa speaker yang baik tak perlu ditukar.

Sebab itu, saya bantu Guan Eng jelaskan apa sebenarnya maksud speaker yang baik.

Ya, Najib sentiasa sedia membantu.

1. Speaker baik adalah speaker yang anaknya kerja bawah Guan Eng.

Speaker juga merupakan ahli Majlis Penasihat Pakar merangkap pengerusi lembaga disiplin dan tata tertib parti PAN semasa dia dilantik speaker oleh PH.

“Mohamad Ariff lepas semua jawatan parti sebelum dilantik Speaker Dewan Rakyat”
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohamad-ariff-lepas-semua-jawatan-parti-sebelum-dilantik-speaker-dewan-rakyat-180630

Dan kita semua percaya bahawa parti PAN bukanlah khadam DAP (yang bossnya Guan Eng) seperti dikata Lid berulang kali.

“AMANAH bukan khadam DAP – Khalid”
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/09/606907/amanah-bukan-khadam-dap

2. Speaker yang baik ialah speaker yang haramkan penggunaan laporan berita serta media sosial dalam perbahasan Dewan Rakyat ketika Guan Eng didesak mengenai laporan-laporan kertas siasatan SPRM terowong terbongkar yang mengambarkan pemimpin-pemimpin kanan DAP terlibat dalam rasuah besar.

3. Speaker yang baik ialah speaker yang dua kali tolak usul untuk menghukum Guan Eng selepas laporan PAC membuktikan dia membohong dalam Dewan Rakyat bahawa BN telah rompak duit GST RM19.4 bilion.

Itulah ciri-ciri speaker yang baik.

Oleh itu, tiada sebab untuk tukar speaker yang baik (pada Guan Eng).

#speaker

Posting Guan Eng:
https://www.facebook.com/limguaneng.malaysia/posts/3595191443844264



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157204047010952/

Leave a Reply