Genap sebulan dahulu pada 9 Mac 2021, saya membuat hantaran untuk bandingkan…

By Thursday April 8th, 2021 No Comments

Genap sebulan dahulu pada 9 Mac 2021, saya membuat hantaran untuk bandingkan prestasi vaksinasi Malaysia dengan beberapa negara lain serta memberi beberapa cadangan sebab saya rasa kadar vaksinasi negara perlu lebih laju dan kita di belakang beberapa negara lain.

Namun ada menteri yang ambil hati dengan posting saya masa itu.

Dalam posting lalu itu, saya berikan data-data bagi peratusan penduduk yang telah diberi dos pertama seperti berikut:

9 Mac 2021:
USA: 28%
UK: 35.2%
Singapura: 10.5%
Indonesia: 1.0%
Malaysia: 0.43%

Ini sekarang. 8 April 2021:
USA: 33.1% (+5.1%)
UK: 47.5% (+12.3%)
Singapura: 18.4% (+7.9%)
Indonesia: 3.4% (+2.4%)
Malaysia: 1.6% (+1.2%)

Lagi laju Malaysia capai sasaran 80% penduduk diberi vaksin untuk imuniti kelompok. lagi awal Malaysia bebas Covid.

Harap pelancaran fasa kedua program vaksinasi negara pada 19 April nanti akan mempercepatkan kadar vaksinasi.

Ini posting masa itu bersama saranan-saranan saya: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10157750262455952&id=157851205951



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157815032145952/

Leave a Reply