News_archive

Gagasan 1Malaysia Lonjak Negara Di Kedudukan Ke-19 Paling Selamat Di Dunia

By Saturday March 31st, 2012 No Comments

ALOR SETAR, 31 Mac (Bernama) — Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, membantu melonjakkan negara pada kedudukan ke-19 dalam Indeks Keamanan Global (GPI) tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan berkata ini merupakan hasil kajian Institut Ekonomi dan Keamanan yang berpangkalan di Sydney, Australia, sekaligus mengiktiraf Malaysia sebagai antara paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.

“Saya amat berbangga kerana negara kita berjaya melonjak kepada kedudukan yang lebih baik setiap tahun, dan kedudukan terbaik ini perlu dikekalkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Anugerah Perpaduan Tahun 2012 Peringkat Negeri Kedah.

Beliau berkata pada 2007, Malaysia berada pada kedudukan ke-37 dan ke-38 pada 2008 sebelum melonjak ke tempat ke-26 (2009) dan ke-22 (2010).

Di Asia, Malaysia berada pada kedudukan kedua di belakang Jepun, manakala Singapura di tempat ketiga.

Sumber : Bernama

Leave a Reply