Fuh! Rupanya secara senyap-senyap Menteri Kewayangan telah gunakan jaminan…

By Friday November 27th, 2020 No Comments

Fuh!

Rupanya secara senyap-senyap Menteri Kewayangan telah gunakan jaminan negara untuk pinjam US$500 juta (RM2 bilion) dari Bank Pembangunan Asia (ADB) untuk membiayai sebahagian kos untuk projek PTMP RM46 bilion Pulau Pinang kesayangan dia, ye?

Pinjaman dari ADB untuk projek Pulau Pinang ini tidak pernah diumukan kerajaan PH dahulu atau dilaporkan dalam mana-mana laporan media.

Tapi kerajaan PN telah batalkan pinjaman ini.

Akhirnya terbongkar juga.

Peranan ADB ini adalah seperti Bank Dunia tapi untuk negara-negara Asia sahaja.

Dulu kerajaan BN masa saya PM telah langsaikan semua pinjaman dibuat PM4 dari ADB tapi masuk PH mereka pinjam semula.

Pandai Menteri Kewayangan buat kerja secara senyap-senyap.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157517499570952/

Leave a Reply