Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Frontliners. Saya berharap keluarga mendiang Mugilarasi A/P Perumal, tabah... - Najib Razak

Frontliners. Saya berharap keluarga mendiang Mugilarasi A/P Perumal, tabah…

By Tuesday June 8th, 2021 No Comments

Frontliners.

Saya berharap keluarga mendiang Mugilarasi A/P Perumal, tabah melalui saat sedih ini.

Setiap hari, apabila angka kematian dilaporkan, saya tahu, angka itu bukan sekadar statistik tetapi adalah seorang insan yang disayangi keluarga, pergi meninggalkan kita semua.

Pemergian mendiang Mugilarasi ini amat menyedihkan kita semua apatah lagi mendiang adalah petugas barisan hadapan.

Mendiang adalah anak bongsu dari lima adik beradik dan berusia 26 tahun.

Kita tahu petugas kesihatan sangat penat. Tak cukup tangan bertugas kerana kes yang meningkat berganda ganda.

Tetapi mereka tak pernah merungut. Tak pernah mengeluh. Tetapi kita tak boleh ambil ringan dengan pengorbanan mereka.

Sebab itu, saya sentiasa tekankan betapa lockdown yang berkesan. Supaya kita dapat beri ruang kepada petugas kesihatan.

Saya tahu bukan mudah untuk keluarga mendepani pemergian ini. Seorang ibu kehilangan seorang anak. Seorang ayah kehilangan seorang anak tempat bermanja. Kakak dan abang kehilangan seorang adik. Anak yang berkorban masa dan tenaga untuk negara, demi kesihatan rakyat, hingga meragut nyawanya sendiri.

Moga keluarga Mugilarasi sentiasa tabah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157939302485952/

Leave a Reply