Followers saya sedar bahawa telah berulang-kali mendesak kerajaan PN utuk…

By Tuesday June 8th, 2021 No Comments

Followers saya sedar bahawa telah berulang-kali mendesak kerajaan PN utuk naikkan semula tempoh kuarantin bagi pelawat asing dari 7 hari ke 14 hari sejak bulan Disember lalu apabila mutasi UK mula mengancam tetapi tidak dihirau kerajaan selama berbulan-bulan.

Pada 17 April 2021, saya sekali lagi TUNTUT kerajaan PN untuk naikkan semula tempoh kuarantin ini dengan serta-merta apabila mutasi berkembar India mula disyaki sebagai punca Covid meroket naik di India.

“18 April 2021: ANCAMAN COVID-19 VARIAN INDIA: NAJIB TUNTUT NAIKKAN KEMBALI TEMPOH KUARANTIN WAJIB SERTA-MERTA”
https://www.editormalaysia.com/22483/

Namun, kerajaan PN hanya buat demikian seminggu kemudian pada 24 April.

“Pengembara dari India, Afrika Selatan, Brazil, Jepun dan UK, perlu menjalani kuarantin 14 hari, susulan virus SAR-CoV-2 Variant of Concern (VOC) jenis baharu dikesan di Malaysia.”
“24 April 2021: Pengembara pulang dari beberapa negara wajib kuarantin 14 hari, kata Ismail”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/24/pengembara-pulang-dari-luar-negara-wajib-kuarantin-14-hari-kata-ismail/

Tetapi sudah terlambat sebab pelawat dari India sudah menjangkit warga tempatan di Labuan pada 23 April setelah menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan (kenapa dia diberi kebenaran rentas negeri pulak?)
“25 Mei 2021: KKM kesan kes positif COVID-19 varian India”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/820754/kkm-kesan-kes-positif-covid-19-varian-india

Akibat kelembapan ini, seluruh Labuan dikenakan PKPD selama 30 hari.
“Seluruh Labuan dikenakan PKPD selama 30 hari”
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/24/labuan-under-30-day-emco-starting-wesak-day-as-infectivity-rate-jumps-to-2/1976694

Laporan berita semalam pula ialah Kes aktif Covid-19 di Labuan meningkat 63 kali ganda dalam masa sebulan sahaja.

Inilah akibatnya bila kerajaan lembab bertindak. Nyawa terkorban dan ratusan ribu warga disusahkan, diseksa dan terancam secara sia-sia.

Pada masa hadapan, saya harap kita dapat kenal pasti bijak siapa itu yang mendesak untuk tempoh kuarantin wajib dikurangkan dari 14 hari ke 7 hari dan dan siapakah yang meluluskan cadangan individu-individu tersebut pada bulan Disember lalu yang akhirnya membawa kepada hampir semua varian-varian berbahaya berjaya merebak ke Malaysia.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157939223060952/

Leave a Reply