News_archive

FMM: Saranan Najib Tingkatkan Perdagangan Dengan Afrika Tepat Pada Masanya

By Thursday August 4th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) mengalu-alukan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli perniagaan Malaysia agar meningkatkan perdagangan dengan Afrika sambil menyatakan yang ia tepat pada masanya.

Dalam satu kenyataan Khamis, pengerusi jawatankuasa industri kecil dan sederhana FMM, Tan Sri Soong Siew Hoong berkata banyak yang boleh ditawarkan oleh Malaysia kepada pasaran benua yang pesat berkembang itu.

“FMM merancang menganjurkan delegasi perdagangan ke Ghana dan Nigeria tahun ini.

“Ia juga akan menyertai Propak Africa 2013, iaitu pameran yang memberi fokus kepada pembungkusan, pemprosesan makanan, pencetakan, plastik dan pelabelan yang akan diadakan mulai 12-15 Mac, 2013 di Johannesburg, Afrika Selatan,” kata beliau.

Sementara itu, Soong berkata PKS akan meninjau peluang perniagaan dan rakan niaga yang sesuai di Afrika bagi mengembangkan operasi masing-masing di seberang laut.

Beliau berkata Afrika boleh menjadi sumber ubi kayu dan kayu-kayan.

“Afrika menanam banyak ubi kayu dan mempunyai hutan yang besar. Dengan mesin dan kepakaran kita, kita boleh memproses ubi kayu dan balak di sana atau membawa balik ke Malaysia untuk pengeluaran makanan ataupun perabot,” kata beliau.

Sumber : Bernama

Leave a Reply