Blog

Festival Kesenian & Kebudayaan Islam Antarabangsa 2014

By Saturday November 1st, 2014 No Comments

Saya merasakan bahawa penganjuran Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACUF) yang saya rasmikan semalam adalah platform terbaik bagi menonjolkan kebudayaan Islam agar ia dapat difahami sebagai agama yang memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Walaupun kekhilafan beberapa puak yang menyalaherti serta tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar menyebabkan wujudnya ‘Islamofobia’, kita sebagai umat Islam perlu memikul tanggungjawab menunjukkan kepada dunia keindahan dan kedamaian Islam.

Penganjuran festival ini di Putrajaya – yang turut dihadiri peserta-peserta dari negara-negara Islam seperti Kyrgyzstan, Palestin dan Mesir – juga adalah contoh pemaparan kebudayaan Islam melalui simbol Islam yang terdapat pada senibina bangunan-bangunan di Putrajaya. Semoga penganjuran festival sebegini mampu merapatkan lagi pertalian saudara antara negara-negara Islam serata dunia, Insya-Allah.

NR ISLAMIC ART 1

NR ISLAMIC ART 2

Leave a Reply