BlogFeatured ArticlesInfrastructure

Fasa 2 MRT Laluan SBK

By Tuesday February 7th, 2017 No Comments

Alhamdulillah, saya telah dimaklumkan bahawa jumlah pengguna MRT Malaysia telah melebihi 1 juta sejak dilancarkan.

Teringat kembali perkara pertama yang menarik perhatian saya ketika menaiki MRT adalah kecanggihan teknologi dan trennya yang memastikan perjalanan yang lancar, laju dan senyap. Cukup selesa bagi saya sepanjang perjalanan di dalam tren.

Platform yang dibina juga sangat luas dan mesra pengguna termasuk kemudahan untuk orang kurang upaya.

Saya juga sempat meninjau kemudahan bas pengantara yang disediakan, beberapa bulan yang lalu. Perkhidmatan ini amat penting bagi memastikan kesalinghubungan batuan pertama dan terakhir pengangkutan awam kita.

RapidKL telah sediakan sejumlah 112 buah bas yang meliputi 256.3 km bagi menghubungkan stesen-stesen MRT di bawah Fasa 1 ke kawasan sekitarnya.

Saya berharap perkhidmatan MRT dan bas-bas pengantara di bawah Fasa 1 Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) ini telah memanfaatkan para pengguna dan penduduk di sekitar kawasan bandaraya.

Para pengguna pengangkutan awam MRT digalakkan untuk beri maklum balas dari segi perkhidmatan, frekuensi tren, bas pengantara dan sebagainya kepada Rapid KL sebagai pengendali perkhidmatan melalui nombor 03-78852585 atau melalui emel suggest@rapidkl.com.my.

Walaupun Fasa 1 Laluan SBK ini telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya, fokus dan kerja MRT Corp sebenarnya masih belum selesai.

Kita telah melancarkan 12 stesen bagi Fasa 1 laluan Sungai Buloh-Kajang pada 15 Disember 2016 dan masih ada baki sejauh 30 kilometer yang akan melalui 19 stesen lagi untuk dilengkapkan di Laluan SBK di bawah Fasa 2.

Saya kongsi sedikit maklumat mengenai Fasa 2 ini beserta dengan gambar yang saya terima dalam laporan dari semasa ke semasa daripada MRT Corp.

Stesen MRT Taman Midah

Stesen MRT Taman Midah

Fasa 2 Laluan SBK bakal melalui kawasan-kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi-destinasi popular buat pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni yang sebelum ini tidak mendapat liputan pengangkutan awam meluas.

Stesen MRT Taman Suntex

Stesen MRT Taman Suntex

Bagi memastikan kesalinghubungan yang lancar juga, laluan Sungai Buloh-Kajang Fasa 2 ini bakal mempunyai 6 stesen pertukaran yang menyambungkan rangkaian MRT dengan rangkaian perkhidmatan tren yang lain seperti LRT, KTM, Monorail, KLIA Ekspress dan KLIA Transit. Stesen-stesen MRT ini ialah Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Maluri dan Kajang.

Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn

Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn

Kemudahan Park Nā€™ Ride turut disediakan di stesen-stesen MRT yang terpilih di bawah Fasa 2 Laluan Sungai Buloh-Kajang seperti Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukong, Sungai Jernih dan Kajang.

Stesen MRT Batu 11 Cheras

Stesen MRT Batu 11 Cheras

Bayangkanlah apabila MRT Laluan SBK siap kelak, betapa meluasnya jaringan pengangkutan awam rel dan bas.

Keseluruhannya, saya lihat pembinaan Fasa 2 MRT Laluan SBK adalah mengikut jadual, kira-kira 95% siap, dan saya yakin ia akan dapat beroperasi menjelang Julai 2017 ini, Insya-Allah.

Stesen MRT Stadium Kajang

Stesen MRT Stadium Kajang

Leave a Reply