Faktor kenaikan hasil kerajaan sebanyak 13.5% ke RM264.4 bilion yang…

By Thursday November 5th, 2020 No Comments

Faktor kenaikan hasil kerajaan sebanyak 13.5% ke RM264.4 bilion yang dibanggakan Guan Eng dan geng PH sebenarnya terkandung dalam muka surat 16 Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang dalam parlimen pagi tadi:

Iaitu… “Faktor utama peningkatan hasil ialah terimaan dividen daripada syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berjumlah RM54 bilion iaitu lebih tinggi berbanding dividen tahun 2018 yang berjumlah RM26 bilion” (dan RM16 bilion sahaja tahun 2017 masa BN).

Pelik juga kenapa PH tak sebut faktor utama tersebut.

Lagi pelik ialah kenapa PH lupa pula untuk sebut kenaikan perbelanjaan kerajaan dari RM287b tahun 2018 ke RM317b tahun 2019, kenaikan hutang negara sebanyak RM52 bilion tahun lepas ke RM792 bilion (banding RM686.8b tahun 2017 bawah BN) dan kenaikan liabiliti negara sebanyak RM59 bilion berbanding tahun 2018.

Semua ada dalam laporan audit yang dibanggakan PH hari ini tapi mereka tak sebut.

Mungkin depa lupa sebut.

https://www.audit.gov.my/images/pdf/2020/2019_PenyataKewangan/LKAN%20Penyata%20Kewangan%20Kerajaan%20Persekutuan%20Tahun%202019.pdf



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157469270945952/

Leave a Reply