Fakta. 9 Mei 2018 Keputusan PRU14 BN + STAR : 31 kerusi PH Sabah : 29…

By Thursday July 30th, 2020 No Comments

Fakta.

9 Mei 2018
Keputusan PRU14
BN + STAR : 31 kerusi
PH Sabah : 29 kerusi

10 Mei 2018
Musa Aman angkat sumpah sebagai Ketua Menteri sah.

12 Mei 2018
Shafie Apdal pula angkat sumpah sebagai Ketua Menteri setelah beberapa ADUN BN menyertai PH Sabah.

Hari ini, PH Sabah hilang majoriti.

Pemimpin dan penyokong PH sekarang memekik.

“Pengkhianatan rakyat!”
“Hormati pilihan dan mandat rakyat!”
“Ini tidak bermoral!”
“Katak!”
“Musa Aman rampas kuasa”

Suara-suara ini begitu kuat dan lantang.

Buka Twitter ada. Buka Facebook ada.

Di mana kamu ketika PH Sabah rampas kuasa dan mengkhianati rakyat?

Di mana keadilan untuk BN Sabah?

Saya nak bagi tahu.

Harga cermin RM7.50 saja kat Shopee sekarang. Free shipping.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157248170965952/

Leave a Reply