ESSCOM (Eastern Sabah Security Command) diwujudkan bagi memastikan…

By Tuesday July 8th, 2014 No Comments

ESSCOM (Eastern Sabah Security Command) diwujudkan bagi memastikan pencerobohan tidak berulang dan menjamin kedaulatan undang-undang serta mengekalkan ketenteraman awam telah berjaya menghalang berlakunya pencerobohan baru, namun begitu kegiatan jenayah lain seperti penculikan masih menjadi ancaman keselamatan.

Memandang berat akan keselamatan rakyat Malaysia, kerajaan telah membuat keputusan untuk memperkemaskan lagi pengurusan keselamatan ESSCOM. Langkah-langkah penstrukturan ini bertujuan untuk memantapkan “chain of command” organisasi ESSCOM, meningkatkan dan memastikan penglibatan sepenuhnya setiap peringkat rakyat bersama dengan agensi-agensi keselamatan dalam memastikan kawasan pantai timur Sabah bebas dari pencerobohan dan jenayah, serta mewujudkan hala tuju bersama dan tindakan bersepadu dalam kalangan anggota keselamatan untuk memastikan Sabah Timur sentiasa berada dalam keadaan selamat dan harmoni.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10152148785795952/?type=3

Leave a Reply