Esok sudah masuk bulan Mac. Ini bermakna PKP 2.0+Darurat telah dilaksanakan…

By Sunday February 28th, 2021 No Comments

Esok sudah masuk bulan Mac.

Ini bermakna PKP 2.0+Darurat telah dilaksanakan selama 47 hari bermula 13 Januari.

Bila dibanding dengan hari PKP 2.0 diumumkan, situasi Covid masih belum terkawal – baik dari segi jumlah kes baru, jumlah pesakit ICU atau jumlah kluster baru Covid.

Jumlah kes Covid sudah mencecah 300,000 hari ini – menjadikan Malaysia antara paling terkesan di rantau ASEAN.

Persoalannya ialah berapa kali lagi PKP 2.0 separuh masak ini akan dilanjutkan sebelum Covid mampu dikawal sebab 47 hari bukan satu tempoh yang pendek.

Dan berapa lama lagi Rakyat mampu bertahan dengan ekonomi yang lembap serta larangan rentas negeri akibat PKP?

Adakah Rakyat perlu bertahan sampai akhir tahun ini atau bulan Februari tahun 2022 sehingga negara mencapai imuniti kelompok?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157732583600952/

Leave a Reply