Entah kenapa Astro Awani gunakan gambar Tun Mahathir dan Anwar dalah laporan…

By Tuesday February 23rd, 2021 No Comments

Entah kenapa Astro Awani gunakan gambar Tun Mahathir dan Anwar dalah laporan berita dengan tajuk ini.

Kenapa tak letak gambar Shafie Apdal, Mat Sabu atau Uncle Kit Siang juga?

Saya cuma menjawab secara am apabila ditanya dalam wawancara tersebut bahawa berkerjasama dengan seteru bukan perkara baharu dalam politik Malaysia.

Biar saya jelaskan secara lebih lanjut.

Semasa Allahyarham ayahanda saya Tun Razak mengasaskan Barisan Nasional pada tahun 1973 selepas darurat tragedi Mei 13, beberapa parti yang merupakan musuh politik kita masa itu seperti Gerakan, PPP dan PAS turut menyertai BN.

Masa itu, pemikirannya ialah agenda paling penting adalah kestabilan dalam negara untuk memulihkan negara.

Dari ini, saya diajar bahawa politik ini adalah dinamik dan kita perlu sentiasa kaji apakah langkah boleh diterima oleh alih-ahli kita yang paling sesuai bagi parti dan kepentingan negara.

Sesiapa pada tahun 2017 akan kurang percaya bahawa pada tahun 2018, PAS yang merupakan “musuh” kita pada PRU14 akan bergabung dengan UMNO dalam Muafakat Nasional.

Hakikatnya, ia berlaku sebab majoriti ahli-ahli parti UMNO bersetuju.

Sesiapa pada akhir tahun 2019 juga akan kurang percaya bahawa PPBM yang merupakan “musuh” kita masa itu dan masih berlawan dengan UMNO di PRK Tanjung Piai pada Nov 2019 dan di PRK Kimanis pada Jan 2020 akan berpakat dengan UMNO dalam kerajaan baru pada Feb 2020.

Ia juga menjadi realiti sebab ahli-ahli UMNO dan BN bersetuju untuk bekerjasama dengan PPBM masa itu (tetapi kini ditolak oleh majoriti ahli).

Jadi, apa langkah untuk berkerjasama dan siapa yang kita mahu berpakat dengan perlu dipersetuji dan diterima majoriti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO-BN dan wajar dikaji demi masa depan parti dan juga demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Tapi dengan syarat – ahli-ahli dan pemimpin UMNO mesti boleh terima, dan mereka ikhlas, ada trust (kepercayaan) dalam kerjasama.

Jika majoriti ahli-ahli parti bersetuju untuk bekerjasama dengan Tun Mahatir atau Mat Sabu atau Shafie Apdal, kita explore.

Jika majoriti ahli-ahli parti bantah untuk kita bekerjasama dengan Anwar Ibrahim atau DAP atau Shafie Apdal, kita tak teruskan.

“Explore all options and think out of the box” kata orang putih.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157721163965952/

Leave a Reply