News_archive

Elakkan Jalan Raya Menjadi Sungai Maut, Kata Perdana Menteri

By Saturday September 4th, 2010 No Comments

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini, mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengelakkan lebuh raya dan jalan raya daripada menjadi ‘sungai maut’.

Dalam mesej bersempena Hari Raya Aidilfitri itu juga, Perdana Menteri menyeru agar semua rakyat Malaysia sentiasa mementingkan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Ingatan Perdana Menteri itu disuarakan menerusi rakaman video khas “Mesej Perdana Menteri Bersempena Musim Perayaan Aidilfiri 2010′ yang dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor di Serdang pada Jumaat.

Najib turut berharap semoga semua pengguna jalan raya khususnya pemandu kenderaan dapat mengutamakan keselamatan sewaktu musim perayaan baik semasa pergi mahu pun pulang ke destinasi masing-masing.

“Displinkan diri kita dengan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan, sesungguhnya sikap berhati-hati dapat megurangkan risiko kemalangan.

“Pulanglah ke kampung halaman masing-masing dengan rasa syukur dan gembira agar kita semua dapat merayakan Aidilfitri dengan gembira tanpa ada kemalangan yang mengorbankan nyawa berlaku dalam keluarga,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply