BlogFeatured Articles

Ekspo SEDIC 2016

By Saturday December 10th, 2016 No Comments

Kerajaan Barisan Nasional adalah Kerajaan yang tidak akan mengabaikan mana-mana golongan dan berlaku adil kepada semua.

Untuk masyarakat kaum India, Kerajaan telah merangka pelbagai inisiatif, salah satunya adalah melalui penubuhan Unit Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India atau SEDIC yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Petang tadi, saya ke SJKT Batu Caves untuk melawat Ekspo SEDIC 2016 yang julung kali diadakan, dan saya amat berpuas hati melihat hasil yang berjaya kita capai daripada penubuhan SEDIC.

SEDIC 1

Di Ekspo SEDIC tadi, NGO-NGO kaum India dan pusat-pusat latihan kemahiran swasta yang menerima geran Kerajaan telah mempamerkan program-program mereka yang memberi impak positif dan mengubah kehidupan lebih 350,000 komuniti India.

Ini antara sebahagian usaha Kerajaan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi kaum India, dan Kerajaan akan terus menghulurkan bantuan bagi memastikan momentum ini berterusan di masa hadapan.

SEDIC 3

Leave a Reply