Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ekoran daripada laporan KDNK suku-4 dan untuk keseluruhan tahun 2020... - Najib Razak

Ekoran daripada laporan KDNK suku-4 dan untuk keseluruhan tahun 2020…

By Monday February 15th, 2021 No Comments

Ekoran daripada laporan KDNK suku-4 dan untuk keseluruhan tahun 2020 dikeluarkan minggu lepas yang jauh di bawah unjuran rasmi kerajaan, syarikat Fitch sekali lagi semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi kita bagi tahun 2021.

Kali ini, unjuran Malaysia terus dipotong separuh oleh Fitch.

Fitch kata keputusan mereka adalah berdasarkan:

1. Perlaksanaan PKP 2.0 +Darurat kerajaan tak berjaya kawal Covid.

(Covid di Malaysia antara paling teruk dalam ASEAN dan kadar pertumbuhan kes Covid kita adalah paling tinggi dalam dunia sejak bulan Oktober lalu)

2. Pelan vaksin Malaysia lambat berbanding negara-negara lain di rantau ASEAN dan dalam dunia.

(77 negara dalam dunia sudah mulakan program vaksin dan banyak yang jangka akan selesai diberi kepada warga negara pada bulan Julai-Ogos. Malaysia hanya akan mulakan pada bulan Mac dan merancang untuk selesai seawal Feb 2022.

Sebab itu, pelancong dan pelabur asing akan ketepikan Malaysia dan pilih negara lain yang sudah berjaya untuk melabur dan melancong tahun ini. Malaysia mungkin tidak akan menerima sebarang pelancong asing sepanjang tahun 2021 ini manakala pelaburan asing dijangka akan terus rendah.)

3. Paras hutang negara yang bertambah teruk.

(Sebenarnya, nisbah hutang negara sudah cecah had statutori negara dan sebenarnya bertambah teruk apabila negara gagal menepati sasaran unjuran KDNK tahun 2020.

Oleh sebab darurat telah gantungkan perlembagaan persekutuan, maka kerajaan tak perlulah kisah sangat undang-undang bagi had statutori tersebut.

Negara juga diramal akan lari dari unjuran KDNK bagi tahun 2021 dan ini akan menjejaskan lagi nisbah hutang negara.)

“15 Feb 2021: Fitch unit slashes Malaysiaโ€™s 2021 GDP forecast by half due to runaway Covid-19 cases, MCO”
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/02/15/fitch-unit-slashes-malaysias-2021-gdp-forecast-by-half-due-to-runaway-covid/1949827



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157703835000952/

Leave a Reply