Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Dulu PM7 hanya petik nama saya. Sekarang dia masih petik nama saya tetapi... - Najib Razak

Dulu PM7 hanya petik nama saya. Sekarang dia masih petik nama saya tetapi…

By Friday August 14th, 2020 No Comments

Dulu PM7 hanya petik nama saya.

Sekarang dia masih petik nama saya tetapi masukkan lagi nama Muhyiddin.

Tapi peliknya bahawa dia tak sebut nama Guan Eng pula walaupun dia telah didakwa dengan 3 kes.

PM7 tak payahlah nak sembang “Rule of Law”.

Bertahun-tahun ko bagi kontrak-kontrak kepada anak-anak dan kroni sehingga mereka semua billionaire.

Ko lantik peguam Guan Eng jadi Peguam Negara.

Lepas itu, ko dengan Guan Eng arahkan Peguam Negara untuk nyahbeku akaun taikun developer.

Ko suka hati tukar hakim-hakim.

Ko lantik pemimpin parti politik sebagai pesuruhjaya SPRM.

Ko jawab juga jika laporan polis yang disyorkan oleh sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk skandal BNM RM30 bilion patut ditarik balik dan diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” ketika kamu PM tahun lepas.

Apa maksud DiRaja?

Ada hati lagi dia nak sebut “Rule of Law”.

Posting Tun M:
https://www.facebook.com/12411993651/posts/10157629107118652/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157284725145952/

Leave a Reply