Dulu PH kata Malaysia sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion dibuat…

By Monday February 15th, 2021 No Comments

Dulu PH kata Malaysia sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion dibuat Najib.

Hari ini, Tun Mahathir kata hutang Malaysia sudah cecah RM1.3 trilion tapi kita tak bankrap lagi.

Memang benar hutang negara sudah naik hampir RM300 bilion sejak PRU14.

Tapi angka hutang langsugn bukanlah sehingga RM1.3 trilion. Tetapi dinaikkan PH dan PN dari RM686 bilion ke lebih RM930 bilion sekarang.

Tak sampai masa 3 tahun sejak PRU14, hutang negara naik RM300 bilion.

Lagi nak bilang Najib buat negara muflis ke?

Tapi itu bukan cerita penuhnya.

Perlu juga ambil kira lebih RM130 bilion dijarah dari rizab tunai RM176 bilion ditinggal Najib serta saham-saham milik Petronas bernilai RM19 bilion setelah PH dan PN jual saham MISC, Petronas Dagangan, Petronas Gas dan KLCC.

Jangan lupa kira juga RM43 bilion apabila nilai aset bersih Khazanah yang jatuh sebanyak RM43 bilion dari RM116 bilion pada akhir tahun 2017 ke RM73 bilion pada akhir 2019 (angka tahun 2020 belum keluar lagi) setelah PH banyak menjual aset.

Impak negatif kepada negara dari aset negara dijual serta kenaikan hutang negara sudah menghampiri RM500 bilon dalam tempoh kurang 3 tahun selepas PRU14.

Lagi mahu tuduh Najib buat negara bankrap ke?

Padahal, kenaikan hutang negara sepanjang tempoh saya PM nak RM300 bilion tetapi nilai aset negara naik lebih RM1.2 trilion dari RM800 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM2 trilion pada akhir tahun 2017.

Jika negara sudah muflis semasa saya PM dan kita tiada aset atau ruang untuk meminjam lagi, tak mungkin kerajaan PH dan PN boleh pinjam dan jual aset sebanyak RM500 bilion sejak PRU14.

Tapi Mahathir juga betul bahawa kerajaan PN amat tertekan sekarang sebab tahun lepas mereka telah terlebih pinjam dan tersalah buat unjuran pertumbuhan KDNK serta defisit bajet.

Akibatnya, nisbah hutang negara sudah cecah had statutori 60% seawal suku ke-3 tahun lepas walaupun had ini baru dinaikkan dari 55% dalam RUU parlimen pada bulan Ogos lepas.

Sebab itu, bantuan kerajaan untuk PKP 2.0 kali ini tidak besar berbanding PKP 1.0 tahun lepas dan kerajaan juga terdesak untuk membuat PKP separuh masak serta memberi banyak kelonggaran walaupun jumlah kes Covid tetap tinggi.

Saya ramal had statutori hutang akan dinaikkan lagi sebab dalam tempoh 1 12 bulan dari bulan Januari sehingga kini, kerajaan PN sudahpun meminjam hampir RM30 bilion lagi akibat ekonomi yang semakin teruk dan pelaburan asing tidak masuk selepas PKP+darurat dilaksanakan.

Januari 2021 (Pinjam RM19 bilion)
7 Jan 2021: Pinjam RM3.5 bilion https://bit.ly/2ZfKxRD
12 Jan 2021: Pinjam RM3 bilion https://bit.ly/2LQUO3p
15 Jan 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/3rWxX5X
19 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/37ge55I
22 Jan 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3dg9iW0
26 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3poeA3W

Februari 2021 setakat ini (pinjam RM10.5 bilion)
4 Feb 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/2N6XoTD
9 Feb 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3barZrd
19 Feb 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3amcr4P



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157704349195952/

Leave a Reply