Dua reaksi berbeza terhadap kebimbangan dan cadangan saya minggu lepas…

By Monday February 8th, 2021 No Comments

Dua reaksi berbeza terhadap kebimbangan dan cadangan saya minggu lepas apabila kerajaan PN umum sekolah akan henti pada hari esok (9 Feb) dan murid-murid disuruh belajar kendiri selama 2 minggu untuk menghadapi peperiksaan SPM pada 22 Feb.

Minggu lepas, saya bimbang keyakinan dan persediaan murid-murid SPM akan terjejas sebab mereka hanya ada peluang belajar bersemuka di sekolah selama 15 hari sahaja dalam tempoh 3 bulan yang lepas. sebelum menghadapi peperiksaan SPM.

Masa itu, saya memberi 2 cadangan – iaitu tangguhkan SPM untuk 2 minggu atau tangguhkan penutupan sekolah selama 2 minggu sebab tempoh cuti Tahun Baru Cina kali ini tidak perlu begitu panjang memadangan kita dalam zaman pandemik.

Reaksi pertama ialah dari seorang doktor yang sebenarnya ialah bekas Timbalan Menteri Kesihatan PH.

Dia kata cadangan saya untuk tangguhkan peperiksaan SPM selama 2 minggu untuk memberi peluang kepada murid-murid belajar bersemuka dan membuat persediaan terakhir bersama guru-guru hanya akan tambah beban pada murid sebab SPM sudah banyak kali ditangguh.

Pandangan ibubapa dan guru-guru pula lebih bersetuju dengan cadangan saya.

“IBU bapa bimbang keputusan Kementerian Pendidikan untuk menamatkan sesi persekolahan bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan utama akan menjejaskan masa depan anak mereka.

Salah seorang bapa pelajar terlibat, Mahmood Kassim, berkata sebagai beliau bimbang langkah itu akan memberi tekanan dan membuat anaknya yang bakal menduduki SPM hilang tumpuan belajar.

Mahmood, 46, berkata pelajar berkenaan sememangnya sudah banyak tercicir dan tidak bersedia menghadapi peperiksaan kerana tidak hadir sekolah kira-kira setahun kerana pandemik Covid-19.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight, langkah kerajaan untuk menutup sekolah semula dalam tempoh dua minggu aneh kerana belajar hanya sempat bersekolah semula selama sebulan.

“Memang sangat pelik sebab tempoh lama juga (belajar sendiri) dalam dua minggu sedangkan sebelum ini berlaku keciciran.

“Jadi kecewalah buat keputusan macam itu kerana ia menganggu masa depan pelajar. Pelajar jadi hilang fokus dan mereka ini baru nak kejar balik balik apa yang tertinggal,”

Mahmood yang juga seorang pesara guru berkata Kementerian Pendidikan tidak perlu menutup sekolah dan perlu memberikan pilihan kepada pelajar.

“Kalau ikut pengalaman saya, pelajar ini perlukan guru hingga ke akhir bukan setakat sebelum peperiksaan. Sebenarnya sampai nak masuk ke dalam dewan peperiksaan pun guru subjek itu akan bersama.

“Belajar di rumah secara dalam talian sebenarnya tak sama. Dalam tempoh sebulan (belajar bersemuka) sebenarnya tak cukup untuk pelajar kejar balik (pelajaran), buat latihan.

Pelajar juga tidak sempat menjawab set soalan dalam ujian tahun sudah sebelum menduduki ujian sebenar dan mereka akan berpeluang berbuat demikian jika tempoh persekolahan dilanjutkan.

“Kalau sekolah diteruskan lagi sebenarnya sempat untuk guru mengajar jadi pelajar akan lebih bersedia tapi sekarang memang pelajar tidak bersedia,” katanya.

Namun apa jua keputusan terakhir kerajaan perlu mengambil kira bahawa keputusan ini akan memberi impak besar kepada masa depan murid-murid.

Apapun, good luck student SPM dan SPMV. Bertabahlah. Jangan mudah patah semangat.

Masih ada masa untuk kejar balik pelajaran dan membuat penyediaan terakhir tapi perlu mula gigih berusaha dari sekarang juga.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157686801515952/

Leave a Reply