Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Diskaun bil elektrik bagi 6 sektor komersial sebanyak 10% untuk 3 bulan dari... - Najib Razak

Diskaun bil elektrik bagi 6 sektor komersial sebanyak 10% untuk 3 bulan dari…

By Monday January 18th, 2021 No Comments

Diskaun bil elektrik bagi 6 sektor komersial sebanyak 10% untuk 3 bulan dari Januari hingga Mac adalah kurang berbanding apa yang diumumkan PM8 kali dalam pakej PERMAI RM15 bilion agak kurang berbanding apa yang diumumkan PM7 iinterim dalam pakej rangsangan ekonomi RM20 bilion pada bulan Februari tahun lepas.

https://www.treasury.gov.my/pdf/pre2020/Booklet_Pakej_Rangsangan_Ekonomi_2020.pdf

Masa itu, PM7 interim umum diskaun sebanyak 15% selama 6 bulan bagi sektor-sektor tersebut – berbanding diskaun 10% untuk 3 bulan sahaja kali ini.

Tapi yang paling bimbang ialah diskaun yang diumumkan untuk diberi kepada pengguna domestik sebenarnya bukanlah diskaun.

Rebat 2 sen/kWh sebenarnya adalah penyelarasan caj elektrik mengikut formula tetap kadar Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) yang dimulakan masa BN di mana kadar akan dikaji setiap 6 bulan mengikut kos bahan api semasa.

Rebat 2 sen/kWh yang diumum petang tadi sebenarnya telah diumum TNB pada 23 Disember 2020 lalu.

“23 Dis 2020: Implementation of Imbalance Cost Pass-Through (β€œICPT”) Mechanism for January – June 2021”
https://www.tnb.com.my/announcements/implementation-of-icpt-mechanism-for-jan-june-2021

Pada masa BN dahulu pun, kita pun memberi rebat sebanyak 1.80 sen/kWh (berbanding 2 sen sekarang) bagi Januari hingga Jun 2018 walaupun ketika itu tiada pandemik Covid, ekonomi bagus dan Rakyat tidak disuruh duduk diam-diam dalam rumah.

“16 Jan 2018: Rebat tarif elektrik ditanggung syarikat tenaga”
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/01/376391/rebat-tarif-elektrik-ditanggung-syarikat-tenaga

Ini bermakna tiada diskaun elektrik diberi kepada Rakyat biasa walaupun ramai disuruh duduk rumah masa PKP.

Sudah tentu bil elektrik bagi bulan PKP ini akan lebih tinggi sebab semakin lama kita duduk rumah, semakin tinggi penggunaan elektrik.

Sebab itu, ianya wajar untuk kerajaan PN memberi diskaun elektrik sehingga 30% selagi PKP dilaksanakan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157628684375952/

Leave a Reply