Dia lewat 2 1/2 jam untuk disoal SPRM akibat tayar pancit. Tapi dia sempat…

By Saturday July 25th, 2020 No Comments

Dia lewat 2 1/2 jam untuk disoal SPRM akibat tayar pancit.

Tapi dia sempat lagi nak cuba troll saya walaupun dia sedang dalam sesi soalsiasat SPRM?

Baiklah.

LHDN di bawah Kementerian Kewangan.

LHDN yang buat tuntutan terhadap saya itu adalah semasa dia Menteri Kewangan dan Tony Pua pula ialah penasihat untuk LHDN.

Sebab itu, saya cabar dia untuk buat sesi penerangan live bersama saya.

Saya nak tanya dia kenapa dana yang disebut RM2.6b masih dikira sebagai pendapatan walaupun telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian.

Dan lepas itu, ianya dikenakan denda penalti 10% + 5% pulak sehingga sampai ke RM1.7 bilion.

Saya nak tanya dia jika ini satu bentuk salahguna kuasa kerajaan untuk menekan lawan politik dan siapa yang terlibat.

Saya nak dia jelaskan kenapa permohonan saya kepada Panel rayuan cukai pada April 2019 untuk mempertikaikan tuntutan cukai ini tidak pernah dibenarkan walaupun ini adalah hak pembayar cukai di bawah akta cukai.

Beranikah dia nafikan perkara-perkara di atas?

Beranikah dia bersemuka dengan saya untuk bersama-sama meniliti dokumen-dokumen tuntutan cukai zaman dia ke atas saya secara live?

Posting Guan Eng:
https://www.facebook.com/limguaneng.malaysia/posts/3674229899273751



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157234817885952/

Leave a Reply